Sejarah

Tak tak, entri ni takde kaitan dengan kelas sejarah yang ... (dot dot dot)

Hari ni birthday ma tapi aku tak wish orally. First time. Sebab takde duit. Kredit henfon pon kering, cukup2 makan je lepas beberapa mesej, takleh nak buat phone call.

Sedihnya takde duit. Tapi takpe, at least aku belajar something hari ni. Belajar macam mana perasaannya orang yang hidup takde duit. I mean orang tak senang sangat. Yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Yang cukup-cukup makan. Yang takde duit lebih utk shopping baju+kasut lawa-lawa mahal-mahal. Yang aku tak penah rasa. Yang aku taknak rasa pon..

Merasalah jadi miskin, even takdelah totally broke. Tp macam broke jugak sebab selepas esok, aku mungkin akan makan angin je utk isi perut yg berpenyakit gastrik ni. Skoler MARA tak masuk-masuk lagi, apsal entah.

Abah called after Isya'. Tanya dah makan nasik ke belom.. Aku tak reti tipu, aku cakap belom. Abah tanya lagi kenapa tak makan? Aku sekali lagi tak reti tipu, aku cakap aku takde duit nak beli nasik, beli roti je.

Abah ingat aku main-main. Tapi abah juga tahu aku tak pandai menipu. So abah tanya lagi sekali dan jawapan aku tetap sama. Then suara abah dah lain macam. Tak, dia bukan marah aku. Dia macam sedih anak takde duit nak beli nasik. Terus tanya nak duit ke? Takkan aku nak cakap taknak, walaupon abah dah jarang sapot aku sekarang.. Serius desperate. Takpe, skali skale abah sapot ^_^

Aku ingat abah nak pass telefon kat ma tp dia terus letak. Apa ni abah, besenye tak penah fail tanye nak cakap ngan ma tak.. Then i realized, abah sebak sebenarnya takleh cakap lama2 dgn aku. Abah slalu mcm tu. Sobsss :(

Instinct ayah sangat abah call aku tepat pada masanya. Tak sampai sejam duit dh masuk akaun cimb. Thanks abah, abah sangat terbaik! :D

You Might Also Like

2 komen

  1. kasih abah ibu, ayah mak, papa mama.
    so unconditional! :D

    ReplyDelete
  2. sedih bace cite ko ni..huhu..aku pn duit mara tak masok lagi ni..dalam wallet ade singgit je..nak makan ape esok ni..sob3

    ReplyDelete