Kawan-kawan tahu tak hari ni dah 17 Ogos?
Dah 17 hari masuk bulan 8, dah lebih separuh bulan
Mak aiii cepatnya masa berlalu, tak terkejar dibuatnya
Walaupun dengan sedarnya tahu tak ada masa untuk dibuang tapi still, buang masa tu hobi feveret haeh haeh sila tuka hobi sekarang -_-"
Masa terlalu cepat ke aku teramat lembap macam siput si snail mail? (Haha tak ada kaitan snail mail jugak diseret masuk ke dalam entry)
Everytime klas Polymer Process Engineering mesti lecturer terkial-kial bagi lecture sambil kejar masa.. walaupun kejar masa, lecturer tidak berlari dalam kelas ye kawan-kawan, sebab dia sangat behave :p
Jarang sangat dia sempat habiskan slides presentation dia tuh sbb banyak sangat benda nak disharekan. End up, "you baca sendiri lah ye mana yang tak sempat habes tu, you kena baca ni jangan tak baca pulak, BACA!" pesan lecturer (sambil memberi amaran i guess)
Yang kita tak tahu sekarang ni "you" yang sedang menaep untuk publish entry baru ni ikut ke tak pesan lecturer yang berbau amaran itu? Biarlah rahsia Datuk Siti tolong jawabkan :p
Oh ya pagi tadi on the way nak ke kelas polymer tersebut i terserempak dengan seorang mamat berkaki panjang yang luar biasa. Pada mulanya i ingatkan dia pakai kaki palsu sebab nampak tinggi semacam je, 75 degree i kena dongak nak tengok muka dia. Tapi selepas tunduk 75 degree, i notice kaki dia tu bukan kaki palsu. Wah, misterinya lelaki itu..
Rupa-rupanya dia pakai sejenis alat yang i pun tak sure apa dia tapi dengan bantuan alat yang memanjangkan kedua-dua kakinya itu, dia mampu melangkah luas dan berjalan laju lah of course meninggalkan i tak terkejar di belakang dah la kaki i pendek kejar kejar pon tak dapat sampai penat termengah-mengah exercise pepagi buta kelas pukul 8 uolls! (WOW, satu perenggan satu ayat tapi uolls boleh baca sambil berhenti sekejap-sekejap tarik nafas dalam-dalam, bulan puasa ni cepat mengah i know :p)
Moral story: Panjangkanlah kaki anda supaya cepat sampai ke kelas nanti tak termengah-mengah jalan laju-laju sebab dah lewat :p
I rasa cukuplah setakat ini karangan i buat hari ke-17 bulan Ogos tahun 2010.
Selamat menjalani ibadah puasa pada hari ke-7 kepada semua umat Islam :)
P/S: Kalau nak usha tudung raya lawa2, usha la kat my blogshop (gewcloset) dan my rumet's (muhiboutique). Klik je lah kat link di kotak yang bernama blogshop kat sebelah tu :)
P/S/S: Nak murah datang la bilik :p
0 komen