Hari satu

Tak sampai isyak dah terbongkang
Pukul 2 baru bangun smayang
Bangun bangun terus jek lapar
Then terus grab a Snickers sebab dekat wrapper tu tertulis "Hungry? Grab a SNICKERS"
Dalam mamai-mamai baru bangun pukul 2 pagi tu i terus lah grab a snickers, semacam menurut perintah sahaja gayanya :p
Dah habis sebijik Snickers, i terus kenyang lalu suka hati dan mula mengupdate blog

Sebenarnya, tak payah update blog pon takpe.
Sebab, sebenarnya, dah kena start buat progress report FYP dan buat assignment segala bagai.
Tapi sebab senang hati kenyang makan Snickers, i update lah blog walaupun tak ada benda sangat pon nak di'sharing-is-caring'kan

Tapi tak apa, i 'sharing-is-caring'kan foto ini buat tatapan umum. Hahaha :p


Ada gaya model tudung tak? :p

 
Bukan main lagi i buat pembedahan plastik dekat gambar i tuh. Nasib baiklah ada Picasa si foto editor. Thanks Picasa! Motip letak gambar ni adalah nak cakap i dah terer buang jerawat di gambar. Kahkahkah :pp Kalaulah semudah itu buang jerawat di muka... T_T

Dah 3.58 am, tapi i takleh tido sebab nanti nak kejut rumet bangun sahur.
Selamat berpuasa pada hari ke-2 kepada semuanya :)


P/S:
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua: Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya. (Taken here)

You Might Also Like

0 komen