Make me radio
Turn me up when you feel low
This melody was meant for you
So sing-a-long to my stereo
Sebelum ni tahu Maroon 5 as Maroon 5 (the word) lah, kalau tanya siapa ahli kumpulan kongsi gelap tu, tobat aku tak tahu. Eh tapi sekarang pon aku mana tahu siapa ahli Maroon 5. Dulu sampai sekarang aku tak minat hafal nama ahli berkumpulan, baek Newboyz atau Spider atau Westlife atau N'sync atau Backstreetboys atau siapa-siapalah. Aku dapat tulis 5 kumpulan penyanyi ni pon dah cukup hebat aku rasa. HAHA. Tapi dulu-dulu aku minat gila dengan lagu-lagu Westlife, siap beli kaset lagi. Tapi aku minat lagu je lah, bukan minat dengan nama penyanyi. Atau rupa paras. Tobat kalau kau kata N'sync atau Backstreetboys tu Westlife, aku percaya. Tapi jangan lah kata Newboyz tu Westlife, memang melampau ah tu.
Sekarang suka dengar lagu dulu-dulu. Bukanlah lagu dari zaman purbakala maksud saya, tapi lagu sepanjang process membesar growing up (sebab saya tak besar-besar, tapi of course la I grow up). Dah berumur 23 tahun baru kalut duk cari lagu yang femes masa umur 13 tahun. Duk ulang dengar, feeling young. Eh bila masa pulak aku tua? Feeling remaja maksud saya :P
Eh tapi sekarang I dah kenal salah seorang ahli Maroon 5, Adam Levine (thanks to reality show The Voice). Tapi I lupa siapa nama 'protege' Adam. Banyak2 'protege', I paling minat Dia Frampton and Xenia (dua-dua from team Blake). Gilalah mereka. Suara.. perghh! Inilah yang dikatakan anugerah. Nasib baiklah bukan anugerah suara sedap yang Allah bagi kat I. Kalau tak, haru parents I tengok muka I terpampang dalam rancangan The Voice.
Oh ya, perenggan first dengan tulisan senget tu lagu yang Adam Levine nyanyi dengan Gym Class Heroes. (Baru nampak kesinambungan entry. Tapi tajuk entry macam tak ada kena-mengena. Tunggulah dua-tiga perenggan lagi kalau-kalau jumpa. HAHA :P) Tapi I tak kenal pun siapa Gym Class Heroes tu. Tak kisah lah, bukan kena include dalam drawing ponggg.
Tulis pasal drawing, fuhhh penat betul check drawing. Guna pen merah mengalahkan cekgu tanda kertas perekse. For me, drawing is like a mirror, it reflects the designer (engineer). Kemas drawing, kemas lah designer. Buruk drawing, cikai lah designer (kehkehkeh). Setakat ni I tak pernah lagi hasilkan drawing yang tak boleh dipertikaikan (maafkan saya the beginner). Boleh dipertikaikan di sini membawa maksud seperti (contohnya) ada orang buat salah during fabrication (let say a welder), dan dia salahkan designer sebab buat drawing tak betul (siapalah yang nak mengaku kalau buat salah kan kann?) Padahal, yang salah dalam drawing sikit je (contoh) welding symbol tertukar, sepatutnya kena weld penuh tapi dalam drawing lupa nak letak simbol 'penuh' (no.1). Lupa nak letak bulat tu je, tapi banyak consequences yang bakal terjadi seperti welding tak cukup kuat, meletop equipment lalu mati semua orang (contoh yang ditambah unsur hiperbola)
Haa gigih tak aku google weld symbol. HAHA gila kerja. |
Well yeah, it can never be perfect sebab sempurna tu bukan sifat manusia. But hey, it's your (my) responsibility to ensure that the drawing issued for fabrication is the most perfect you could have. That's why kena check betul-betul. Check betul-betul. Check betul-betul. Jangan sampai juling nanti tak cun :P
Mentioning perfect, I sangat lah anti kepada prefect. Geram betul bila tengok certain people guna prefect instead of perfect to convey maksud sempurna. Sejak zaman sekolah lagi aku dah anti. Kadang-kadang sakit mata jugak baca email yang tunggang-langgang (grammar) tapi considering multi-level education background, aku pasrah, asal maksud sampai. Hantar email je pun, bukan nak buat essay hantar Cambridge perekse. Haha.
Mungkin sekarang boleh berkira-kira untuk mengundurkan diri. Sebab, isi entry sudah ada kesinambungan dengan tajuk. Tak lain tak bukan, saya faham maksud awak..
1. Saya faham maksud awak refer kepada drawing. Saya faham awak nak saya weld penuh, sebab tu awak guna simbol bernombor satu (1).
2. Saya faham maksud awak yang sebenarnya adalah sempurna, bukan pengawas.
3. Saya faham maksud awak, walaupun banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa dalam email awak tempoh hari.
It takes a piece of song lyrics and 4 paragraph as a 'mukaddimah'. It might takes months/years for a beginner tp be expert in his/her design (or whatever he/she's doing)
0 komen