Assalamualaikum :)
Setiap hari otak penat. Apabila otak penat, badan automatik akan penat. Setiap hari balik kerja mesti penat. Nasib baik lah manusia sejenis makhluk yang mandi . Tentu sekali aku seorang manusia dan sebagai manusia aku mandi (setiap hari dua kali). Selepas mandi terus segar bugar. Yang tadi mengantuk nak tidur dah tak jadi tidur. Bila dah on laptop lagi la tak mengantuk. Dan dan update blog.
Setiap hari I terfikir, macam mana nak jadi surirumah yang bekerjaya? Weekend housewife mungkin boleh. Btw, adakah surirumah dan housewife membawa maksud yang sama? I rasa sama.
Kadang-kadang I twist soalan pertama tadi kepada; macam mana nak jadi engineer yang menguruskan rumah tangga? Manage both well, simultaneously.
Seriously I kagum. Career woman yang manage house chores tanpa khidmat orang gaji serious I kagum. I kagum! Tengoklah I, baru single mingle pon dah sempotttt. Eh ni cerita 2-3 tahun lagi, lek-lek luhh~ kehkeh ;p
How I wish bumbung rumah sewa I ni transparent. Senang nak tengok bintang. Tapi malam ni takde bintang pon I bet. Sebab hujan; semacam seharian jugaklah langit menangis hari ni. Langit bersedih sebab matahari tinggalkan dia. I basuh baju semalam, tak kering-kering baju I. I juga bersedih bersama-sama langit tapi I cool takdelah sampai menangis sebab baju tak kering. Baju tak kering boleh mendatangkan stress, tahu? Eh tadi kata cool? HAHA :P
Kadang-kadang I terfikir, apa akan jadi kalau pintu suka hati doraemon itu benar-benar wujud? Tentu sekali I orang paling gembira. Tentu sekali tiap-tiap malam I tidur rumah parents I. Dan setiap weekend I pasti melawat kawan-kawan baik I; nite-walking, squashing, gossiping bla bla bla. I miss cooking and baking, macam kat UTP dulu-dulu. Rindunya budak bilik sebelah yang suka cari pasal dengan I. Cakap dengan I kalau bukan high pitch memang tak sah. Kalaulah mesin masa doraemon tu wujud..
Kalaulah pintu suka hati dan mesin masa tu wujud, tak adalah maknanya rindu ye tak? Apalah yang ada pada makna menghargai kalau semua benda nak senang tak nak susah. Apa yang tinggal pada makna hidup kalau tak menghargai setiap detik yang berlalu.
Sebenarnya, ke manakah hala tuju entry ni sebenarnya? Hmmm.. Yes right, tak ada hala tuju sebenarnye kehkeh :P Tidur lah weyh, esok kerja! Good night people, sweet dream :)
0 komen