Punca Jeragat Degil Yang Anda Wajib Tahu, Dan Cara Atasinya Dengan Berkesan
- 00:17
- By Amizah Azid
- 0 Comments
Anda tentu tertanya-tanya, macam mana jeragat terjadi? Apakah sebenarnya punca jeragat?
Puan tentu hairan kan, kenapa tiba-tiba muka anda ada bintik-bintik hitam. Mula-mula disangka tahi lalat tapi lama kelamaan semakin besar dan tebal.
Anda mula susah hati, jadi anda nak tahu macam mana nak hilangkan jeragat dengan cepat. Sebab anda tak mahu muka anda ada masalah jeragat kronik.
Puan tentu hairan kan, kenapa tiba-tiba muka anda ada bintik-bintik hitam. Mula-mula disangka tahi lalat tapi lama kelamaan semakin besar dan tebal.
Anda mula susah hati, jadi anda nak tahu macam mana nak hilangkan jeragat dengan cepat. Sebab anda tak mahu muka anda ada masalah jeragat kronik.
Jadi, cara yang paling berkesan untuk hilangkan jeragat cepat ialah dengan mengatasi punca jeragat. Bila punca jeragat diatasi, masalah jeragat akan cepat hilang.
Jom tengok video yang Miza rekod ni supaya anda lebih faham kenapa terjadinya jeragat.
7 Punca Jeragat Degil yang Anda WAJIB Tahu
Punca Jeragat 1: Sinar Matahari Yang Menggelapkan
Punca utama terjadinya jeragat ialah sinaran matahari. Sinar
matahari mengandungi sejenis sinaran eloktromagnet yang dikenali sebagai sinar
ultra violet (UV). Terdapat 3 jenis sinaran UV, iaitu UVA, UVB dan UVC.
UVA (Ultra Violet Aging) menembusi jauh ke dalam kulit
menyebabkan penuaan sel kulit, menjadikan kulit gelap (tanning), kerosakan DNA
serta boleh menyebabkan kanser.
UVB (Ultra Violet Burning) mengandungi lebih
banyak tenaga daripada UVA dan boleh merosakkan DNA sel kulit secara langsung
serta menyebabkan kulit terbakar (sunburn).
Sinar UVC mengandungi lebih banyak
tenaga berbanding UVA dan UVB namun ia diserap oleh lapisan ozon dan tak sampai
ke bumi.
Sebenarnya, kulit kita memerlukan sedikit sinaran UVA untuk
menghasilkan vitamin D oleh badan, namun pendedahan yang berlebihan akan menyebabkan
kerosakan pada sel kulit dan mencetuskan pigmentasi atau lebih popular dikenali
sebagai jeragat. Lebih parah lagi, boleh menyebabkan kanser.
Pendedahan yang kerap terhadap matahari menyebabkan tompok-tompok coklat, garis halus dan kulit kendur. |
Punca Jeragat 2: Kehamilan
Ibu mengandung sering mengalami masalah kulit disebabkan
hormone yang tidak menentu. Sesetengah ibu mengandung akan mengalami chloasma
(perubahan pigmentasi pada muka dan leher) yang disebabkan peningkatan hormone
melanin. Hormone Melanin memberikan warna gelap pada kulit dan melindungi kulit
daripada cahaya ultraviolet. Kerana peningkatan hormone Melanin pada ibu
mengandung, pendedahan kepada cahaya matahari akan membuatkan tompokan tersebut
menjadi lebih gelap dan jelas. Tompokan gelap ini akan mula hilang dalam tempoh
tiga bulan selepas bersalin (sumber baby center). Namun ada juga kes di mana
tompokan ini tidak hilang begitu sahaja.
Punca Jeragat 3: Rawatan Hormon
Wanita yang menjalani rawatan hormone seperti mengambil pil
hormone yang mengandungi estrogen atau progestron mengalami risiko ditompokki
jeragat. Selain itu, wanita yang merancang kehamilan dengan pil perancang,
penggunaan alat intrauterine dan implant turut berkongsi risiko yang sama.
Hormon yang ‘dikacau’ ini adalah punca jeragat yang ramai tidak tahu.
Punca Jeragat 4: Ubat-ubatan
Ada di antara Cik
Puan yang terpaksa mengambil dadah (ubat-ubatan) untuk mengatasi masalah
tertentu namun terkena tempias side effect yang menyebabkan terjadinya jeragat.
Sesetengah ubat memberi kesan sampingan terhadap keupayaan kulit Cik Puan untuk
merawat dan menghasilkan sel baru dengan aktif.
Punca Jeragat 5: Tindak Balas Phototoxic
Phototoxic juga boleh menyebabkan jeragat. Tindak balas Phototoxic
terjadi akibat reaksi alergi terhadap kaedah perubatan tertentu seperti terapi
kanser, penggunaan sabun berpewangi dan peralatan kosmetik beracun.
Punca Jeragat 6: Hypothyroidism
Hypothyroidism atau paras hormone yang rendah dalam badan
seseorang juga akan menyebabkan jeragat. Aktiviti tidak terkawal oleh kalenjar
tiroid menyebabkan ketidakstabilan hormone tiroid dan mengaktifkan pigmentasi.
Punca Jeragat 7: Keturunan
Ibu, ayah, datuk atau nenek ada jeragat. Ini bermaksud dalam DNA badan kita juga ada DNA jeragat. DNA jeragat diwarisi dari ahli keluarga yang mengalami masalah jeragat. Biasanya, punca jeragat ini agak sukar diatasi, melainkan merawat DNA.5 Cara Atasi Jeragat Degil Dengan Cepat, Berkesan dan Selamat
Semua punca jeragat di atas akan menyebabkan system pertahanan
kulit menjadi lemah, menjadikan radikal bebas lebih mudah menyerang sel-sel
kulit dan menyebabkan radang. Sel kulit menjadi rosak dan banyak yang mati,
kemudian menjadi gelap (pigmentasi) dan susah untuk dicerahkan semula. Jadi, apa yang perlu Cik Puan buat untuk atasi jeragat degil?
Secara logiknya, Cik Puan haruslah mengelakkan punca jeragat degil, barulah
jeragat tak timbul langsung di muka Cik Puan. Kan?
Tapi, mampukah Cik Puan mengelakkan punca jeragat degil 100%?
Sudah tentu tidak mampu, kan.. Sebab punca utama penyebab jeragat degil adalah
cahaya matahari dan hormone. Mana mungkin hilangkan matahari dan hormone dalam
badan? Memang tak mungkinlah! Jom Miza kongsikan cara atasi jeragat degil dengan cepat, berkesan dan selamat!
1. Atasi Jeragat Degil dengan Antioksidan
Antioksidan bertindak melawan radikal bebas yang merosakkan kulit dan menyebabkan terjadinya jeragat. Antioksidan akan menghalang kerosakan sel dan merawat kerosakan sel dari terus parah. Antara kesan antioksidan terhadap kulit ialah:
- Menghilangkan jeragat dan kesan penuaan yang lain
- Menghalang kerosakan sel pada kulit wajah
- Memperlahankan proses oksidasi yang mengakibatkan jeragat
- Memperlahankan kehilangan kolagen dalam kulit
- Menegang kulit
- Mencerah dan menyegarkan kulit
2. Atasi Jeragat Degil dengan Stabilkan Hormon
Majoriti wanita yang mengalami masalah kulit adalah disebabkan hormon yang tidak stabil. Apabila hormon kacau, kesihatan kulit turut terjejas dan menjadi lemah. Kesannya, daya tahan kulit menjadi tidak kuat untuk melawan jeragat, makin lama makin bertompok-tompok jeragat.
GLA Complex Shaklee sangat bagus untuk menstabilkan hormon |
3. Atasi Jeragat Degil dengan Tingkatkan Kolagen
Makin meningkat usia kita, penghasilan kolagen makin berkurangan. Bila kolagen makin kurang, macam-macam masalah kulit datang - berkedut, kendur dan berjeragat. Ada dua cara untuk tingkatkan kolagen dalam badan
- Ambil Shaklee Collagen Powder
- Ambil vitamin yang menghasilkan kolagen seperti Vitamin C
Kolagen merosak akibat pendedahan kepada matahari yang berlebihan |
Kesan kekurangan kolagen dalam badan |
4. Atasi Jeragat Degil dengan Protein
Protein membantu mengurangkan kesan hitam akibat sel kulit mati. Protein membantu dalam menghasilkan sel baru yang lebih sihat. Jadi, amalkan diet kaya protein untuk mendapatkan kulit yang sihat dan gebu.
5. Atasi Jeragat Degil dengan Produk Jeragat Semulajadi
Sebagai tambahan kepada rawatan dalaman kulit untuk hapuskan jeragat secara berkesan dan selamat, pengambilan krim jeragat semula jadi juga disarankan untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat.
Kesan Spot Whitening Treatment ialah :
- Tompok jeragat pudar dengan cepat
- Tiada lagi jeragat baru yang tumbuh
- Kulit di bahagian jeragat jadi cerah
- Kulit kelihatan segar
- Kulit jadi halus dan lembut
- Kulit menjadi tegang kesan dari kandungan vitamin C
- Kesan jeragat atau parut pulih dengan cepat
Order Sekarang
Jika Cik Puan berminat untuk menghilangkan
jeragat degil di muka Cik Puan dengan produk semulajadi dan
dijamin selamat dan berkesan, sudi-sudikanlah hubungi Miza di 0199363759
untuk konsultasi lanjut.
Kenapa Cik Puan perlu beli dengan Miza?
Sebab Miza akan guide / ajar Cik Puan sampai dapat
hasil yang diinginkan. Rugilah kan melabur duit untuk cantik tapi sebab tak
tahu cara makan yang betul, kesan yang diinginkan tak dapat. Labur sudah menjadi lebur
:(
Kat bawah ni Miza belanja testimoni berjaya cantik
dengan produk hilangkan jeragat dengan berkesan dan selamat. Semoga
Cik Puan lebih yakin masalah jeragat mampu dipulihkan dengan penggunaan
produk yang betul :)
Pesanan Miza kepada Cik Puan, jangan tunggu
lama-lama nanti jeragat Cik Puan makin parah. Bila makin parah, hati makin gundah.
Konsultasi Jeragat Berkesan
Hubungi Miza 0199363759 untuk order vitamin Shaklee dan konsultasi kulit cantik yang berkesan.
Jaminan Miza - cara makan yang betul dan servis tiptop untuk pelanggan Miza :)
Baca: Konsultasi Tip Top (Klik sini)
Shaklee Independent Distributor
Nor Amizah Azid
SID 1237984
0199363759
Jaminan Miza - cara makan yang betul dan servis tiptop untuk pelanggan Miza :)
Baca: Konsultasi Tip Top (Klik sini)
Shaklee Independent Distributor
Nor Amizah Azid
SID 1237984
0199363759
0 komen