Vivix Shaklee - 4 Fungsi Luar Biasa untuk Merawat Sel dan Melawan Penuaan

Assalamu'alaikum w.r.t



Dalam entry kali ini Miza ingin kongsikan dengan lebih detail mengenai fungsi Vivix Shaklee dalam merawat sel dan seterusnya melawan penuaan. Berminat untuk rasa 25 tahun lebih muda dan hidup 25 tahun lebih lama? Stay tuned, teruskan pembacaan sampai titik terakhir ;)

vivix shaklee mahal?



1. Melindungi dan Membaiki Kerosakan DNA


DNA ialah asas kepada fungsi tubuh kita. DNA memberi arahan genetik untuk badan berfungsi, menyimpan maklumat untuk mengarahkan sel bagaimana untuk berfungsi, dan menurunkannya kepada generasi berikutnya. Secara mudah, DNA adalah otak sel yang mengawal setiap fungsi sel dalam badan kita. 

Setiap hari, setiap sel dalam tubuh kita diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Contoh, radiasi dari sinar UV, pencemaran alam sekitar dan bahan carsinogen. 

Serangan-serangan ini akan merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan hayat sel. Unsur antioksidan yang berkualiti tinggi dalam Vivix Shaklee mampu menghalang dan memperbaiki kerosakan DNA yan berlaku setiap saat.

Bayangkan bila DNA kita baik, kesihatan tubuh dan kulit kita juga akan baik.


kerosakan DNA




2. Mengawal Genetik


Memandangkan DNA tubuh kita diserang setiap masa, keadaan genetic mestilah dikawal dengan serius. Jika lebih banyak DNA rosak, maka kesihatan sel akan semakin merosot dan memendekkan hayat sel.

Banyaknya sel rosak akan menyebabkan proses penuaan semakin cepat. Bayangkan berapa banyak asap yang kita sedut setiap hari. Betapa pemakanan harian kita sangat tidak sihat, terutama makanan yang bergoreng yang proteinnya sudah rosak, dan digoreng dengan minyak yang dah digunakan berkali-kali. Begitu banyak racun yang masuk ke dalam tubuh kita. Jadi kita menjadi semakin tidak sihat dan cepat tua, sehinggakan ada di antara kita yang tua sebelum usia. 

Dalam satu penemuan utama ujian klinikal menunjukkan ramuan vivix mengaktifkan pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.

kandungan utama vivix shaklee


3. Menggalakkan Biogenesis (Pembentukan Baru) Mitochondria

Semua organ kita dibina oleh bahan asas iaitu sel- sel. Dan didalam sel ada sejenis elemen penting yang dipanggil Mitochondria.

Mitochondria berfungsi untuk menghasilkan tenaga sel. Bila Mitochondria gagal untuk menghasilkan tenaga sel dengan baik, tubuh berisiko untuk dapat masalah berikut:

  • Hilang daya kawalan tubuh
  • Otot yang lemah dan sakit
  • Fungsi perut yang tidak normal
  • Tumbesaran terbantut
  • Masalah jantung
  • Masalah hati
  • Penyakit pernafasan
  • Masalah pendengaran dan penglihatan
  • Tahap asid tubuh yang tinggi

Oleh itu, Vivix Shaklee telah diuji secara klinikal dapat menggalakkan biogenesis mitochondria yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran tenaga oleh sel



4. Menghalang Penimbunan Protein AGE

Penimbunan berlebihan protein AGE (Advanced Glycation End Products) boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.

Protin AGE ialah sejenis protin rosak yang akan menyebabkan sel- sel dalam tubuh kita turut rosak. Ia seperti buah yang semakin buruk.

Protin AGE ini masuk ke dalam tubuh kita daripada lemak dan protin haiwan. Selain itu, protin AGE juga didapati dari makanan yang dimasak dengan suhu yang tinggi seperti dibakar dan digoreng. Malah makanan yang manis atau makanan proses mempunyai  tahap protin AGE yang tinggi.

Ramuan Vivix Shaklee adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur Muscadine) untuk melambatkan pembentukan protein AGE.

Jadi, bahan- bahan dalam Vivix Shaklee akan menghalang protin AGE dari berlebihan dalam tubuh kita. Ia menghalang banyak masalah kesihatan terutamanya penuaan dan penyakit kronik.

vivix diuji secara saintifik


Testimoni Vivix Shaklee


Vivix membantu meningkatkan tahap kesihatan golongan yang menghadapi masalah seperti berikut:



Order Sekarang

Sila hubungi Miza 0199363759 untuk konsultasi lanjut. 

Jaminan Miza - cara makan yang betul dan servis tiptop untuk pelanggan Miza :)

Baca: Konsultasi Tip Top (Klik sini)


You Might Also Like

0 komen