Kek Coklat Yummy ;)

Wah, bulan-bulan puasa ni tayang gambar kek coklat yang sedap lah pulak~


Mintak maaf kawan-kawan, bukan niat nak menunjuk-nunjuk kesedapan kek coklat tersebut tetapi hanya sekadar untuk berkongsi resepi. Senang je kawan-kawan, trust me! You all kan tahu i ni pemalas kalau bab-bab masak tapi sekali kalau masak.. hmmph! licin~ Erkk. Tiada niat untuk riak, maafkan saya kawan-kawan. 

Baiklah kawan-kawan, kita terus je ke resepinya. Membebel banyak-banyak pun tak ada guna, bukan boleh 'ngap' pon gambar kek coklat tersebut. Konon-konon sambil bebel sambil ngap. Adalah elok kiranya dicuba resepi yang bakal diberi ini. Sumpah tak tipu, senang dan sedap.

Bahan-Bahan: (Wah, dah pandai guna garis dalam entry :p)
Bahan A:
6 biji telur - Saya guna telur ayam bersaiz besar
2 1/2 cawan gula
2 sudu teh* esen vanila
2 sudu teh* garam

Bahan B:
1 tin susu cair
2 cawan minyak masak
1 cawan air suam

Bahan C:
3 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan serbuk koko
2 sudu teh* baking powder
2 sudu teh* soda bikarbonat

*Kerana alasan bujang, saya guna sudu makan sebab tiada sudu teh. OK, alasan takleh blah. Cepat-cepat scroll ke bawah untuk cara-caranya.

Cara-cara:
1. Gaulkan kesemua benda yang terkandung dalam bahan C. Ayak mereka bersama-sama sehingga membentuk mixture seperti dalam gambar

Bahan C yang telah diayak dan digaul bersama
 

2.Pukul semua bahan A sehingga kembang. Saksikan persembahan bergambar di bawah:


6 biji telur ayam bersaiz besar

Vanilla essence out of stock di KR Rahmath. Maka i rembat perisa pandan.



Setelah dimasukkan 2 1/2 cawan gula, 1 sudu makan perisa pandan dan 1 sudu makan garam. Kita pukul sama dia!!! dush dush dush!


Maka akhirnya bahan-bahan A selamat dipukul sehingga kembang.



3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan B sambil dipukul lagi sehingga lembik sampai sebati. 

4. Masukkan bahan C sedikit demi sedikit.

 






5. Setelah adunan sebati, masukkan ke dalam loyang/bekas yang sesuai. Kukus sehingga masak

Saya guna multipurpose cooker. Kecik je haa boleh muat.



6. Sedia untuk dihidang :)

Hendaklah dimakan pada waktu yang dibenarkan sahaja. (Berbuka/bersahur - bulan Ramadhan. Lain-lain bulan anytime boleh makan, macam tak biasa pulak dia~)


Note: Bekas yg saya guna kecik je, so kena kukus 3 kali. Jenuh jugak lah nak tunggu 3 batch kek masak. Sambil-sambil tunggu, sebijik dah selamat dimakan bersama kawan-kawan :p

Announcement: Kepada kawan-kawan yang nak rasa, anda sangat-sangat dialu-alukan. Roger me okayh! Stock terhad harap maklum :p

Selamat mencuba kawan-kawan! Mana tahu nanti kawen tak yah tempah kek, bake sendiri jek. haha gurau sahaja :P


Lupa nak bagi kredit, resepi diambil dari sini



You Might Also Like

0 komen