Cara Atasi Haid Tidak Teratur Tanpa Pil Hormon - Ikhtiar Cara Semula Jadi Lebih Selamat

Assalamu'alaikum w.r.t

Haid Tidak Teratur Petanda Awal Tidak Subur

Masalah haid tidak teratur berkait rapat dengan masalah kesuburan. Seseorang wanita yang ingin hamil perlu bergantung kepada kitaran haid yang teratur untuk menentukan waktu subur. Hubungan suami isteri semasa waktu subur isteri akan meningkatkan peluang hamil.

Baca: Cara Tingkatkan Kesuburan Untuk Mendapat Zuriat - Penantian 3 Tahun Berakhir

Ramai di antara wanita yang Miza kenal (termasuk Miza sendiri suatu masa dahulu) mengalami masalah haid tidak teratur. Masalah haid tidak teratur perlu dirawat seawal mungkin kerana ia akan memberi kesan terhadap emosi, kesihatan dan kesuburan seseorang wanita.


cara atasi haid tidak teratur tanpa pil hormon


Punca Haid Tidak Teratur

1. Masalah Hormon Tidak Stabil - Berlebihan hormon prolaktin akan menghalang pengeluaran telur dan menyebabkan haid lewat

2. Tekanan Emosi - Stress atau tekanan fizikal dan mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian akan mempengaruhi hormon, seterusnya mengganggu kitaran haid

3. Pil Perancang - Pengambilan pil perancang untuk mencegah kehamilan akan mengganggu kitaran haid yang normal

4. Kegemukan - Berat badan berlebihan atau obesiti menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Hormon estrogen yang tidak stabil akan mengganggu kitaran haid yang normal

5. Terlalu Kurus - Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid. Oleh itu, dapatkan berat badan ideal untuk kesihatan yang optimum

6. Penyusuan Badan - Penyusuan bayi secara ekslusif akan menyebabkan hormon prolaktin dan oksitosin menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu ibu. Sesetengan ibu menyusu tidak didatangi haid sehingga 1-2 tahun lamanya.

7. Pengambilan Ubat-ubatan - ubat-ubatan dan jamu-jamuan boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.


Kesan Haid Tidak Teratur

1. Kemandulan - Haid tidak teratur boleh jadi petanda anda mengalami masalah berkaitan sistem peranakan dan rahim wanita yang serius. Contohnya, masalah cyst yang kronik boleh menyebabkan tiub fallopio dipotong dan mengakibatkan kemandulan.

2. Ketidaksuburan dan Sukar Hamil - Kitaran haid yang tidak teratur menyukarkan isteri untuk menentukan waktu subur dan mengurangkan peluang hamil

3. Masalah Kesihatan Sepeti Anemia - Haid yang berpanjangan akan menyebabkan badan kehilangan banyak darah dan boleh menyebabkan anemia


Cara Atasi Haid Tidak Teratur

1. Jaga Pemakanan dan Amalkan Diet Seimbang - Elakkan makanan berlemak dan makan secara seimbang supaya badan mendapat cukup nutrient untuk berfungsi dengan normal

2. Kawal Berat Badan dan Kekalkan Berat Baan Ideal - Elakkan kenaikan atau penurunan berat badan yang mendadak

3. Amalkan Gaya Hidup Sihat - Bersenam dapat membantu tubuh untuk menjalankan fungsi normal badan dengan optimum

4. Elakkan Stress - Uruskan kerjaya, keluarga dan pelajaran dengan seimbang. Elakkan tekanan emosi dan fizikal

5. Ambil Ubat Ikut Jadual - Sekiranya anda perlu mengambil ubat-ubatan, ambillah mengikut dos dan masa yang ditetapkan supaya tidak memudaratkan kesihatan sendiri

6. Ambil Supplement Yang Berasaskan Gamma Linolenic Acid (GLA) - GLA dapat membantu menstabilkan hormon dalam badan. Hormon yang stabil dapat mengatasi masalah kesuburan dan masalah kulit seperti jerawat dan jeragat


Baca:
Khasiat dan Keistimewaan GLA Complex Shaklee
Testimoni GLA Complex Shaklee


Testimoni Atasi Haid Tidak Teratur Dengan Vitamin Shaklee


cara atasi period tak teratur tanpa pil hormon

cara atasi period tak teratur tanpa pil hormon

Konsultasi Kesuburan

Hubungi Miza 0199363759 untuk order dan konsultasi lanjut.

Untuk masalah kesuburan ada cara makan tertentu untuk mendapatkan hasil yang berkesan. Miza ajar pelanggan Miza je cara makan yang betul ;)

Baca: Konsultasi Tip Top


*****



Shaklee Independent Distributor
Nor Amizah Azid
SID 1237984 (Mohamed Afiq)
0199363759

Ingin menjana pendapatan bermodal rendah dengan Shaklee?
Sertai Miza dalam group rahsia Miza untuk mengetahui bagaimana Miza menjana pendapatan dari rumah. Bimbingan diberikan sehingga berjaya mencapai pendapatan yang diingini.

You Might Also Like

0 komen