Cara Atasi HB Rendah Ketika Mengandung Supaya Ibu Dan Bayi Sentiasa Sihat

Assalamu'alaikum w.r.t

Pengalaman mengandung adalah antara yang terindah dalam hidup setiap wanita. Setiap perjalanan kehamilan bagi seorang ibu tidak sama bagi setiap anak yang dikandung. Pengalaman mengandung anak pertama sudah tentu tidak sama dengan anak kedua kerana pembawakan budak adalah berbeza-beza. Ada yang sihat cergas sepanjang kehamilan tanpa sebarang masalah kesihatan dan ada juga yang lemah longlai dari awal kehamilan sampailah tiba masa melahirkan. Macam-macam masalah kesihatan menyerang sepanjang mengandung.

cara atasi masalah letih tak bertenaga semasa hamil


Anemia atau HB Rendah Ketika Hamil 

Masalah Anemia atau HB (Hemoglobin) rendah ketika hamil adalah masalah yang biasa dialami oleh ibu mengandung. Walaupun masalah ini biasa ditemui ia tidak bermakna masalah ini biasa-biasa sahaja kerana anemia yang teruk boleh membawa maut kepada ibu, bayi atau kedua-duanya sekali.



bahaya anemia atau HB rendah kepada ibu hamil


Apakah Anemia atau HB Rendah?

  • Anemia atau HB rendah adalah keadaan di mana badan kita mengalami paras hemoglobin (HB dalam darah yang tidak normal. 
  • Paras bacaan HB dalam darah yang normal adalah 11g/dl. Jika ibu mengalami paras HB yang kurang dari 11g/dl, anda perlu diberi lebih perhatian supaya tidak melarat
  • Masalah ini akan mengganggu fungsi sel darah merah mengangkut oksigen ke seluruh badan bagi kegunaan tisu-tisu dan organ penting di dalam badan kita.
  • Punca anemia semasa kehamilan adalah disebabkan kekurangan zat besi (iron) dalam diet harian.
bacaan HB rendah menyebabkan anemia





Simptom Anemia atau HB Rendah Semasa Hamil

Pada peringkat awal anemia, anda mungkin tidak mempunyai tanda-tanda jelas. Jadi pastikan anda mendapatkan ujian darah rutin untuk memeriksa anemia pada setiap kali temujanji prenatal anda.

Antara simptom anemia adalah seperti berikut:
  • Kulit pucat termasuk bibir dan kuku
  • Rasa letih dan lemah badan
  • Pening kepala, rasa nak pitam
  • Sesak nafas
  • Degupan jantung yang cepat
  • Masalah tumpuan


Kesan Anemia atau HB Rendah Semasa Hamil

Kesan Kepada Ibu

  • Ibu mudah pitam / pengsan
  • Meningkatkat risiko mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko kematian ibu

Kesan Kepada Bayi

  • Perumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai bayi pramatang
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir
  • Pertumbuhan janin terbantut
  • Meninggal ketika lahir
bahaya anemia kepada ibu mengandung dan bayi dalam kandungan


Atasi Masalah HB Rendah Ketika Hamil

Jika para ibu yang sedang mengandung dan mengalami kelesuan, anda disarankan menjaga pemakanan dan lebihkan pengambilan makanan berkhasiat. Pakar juga bersetuju bahawa nutrisi sepanjang kehamilan perlu diberi perhatian yang serius. Berikut adalah saranan pakar untuk mengatasi masalah HB rendah ketika hamil:

1. Amalkan Pemakanan Yang Sihat

Makan makanan kaya dengan zat besi 

  • Zat besi penting untuk merangsang pembentukan hemoglobin di dalam sel darah merah. 
  • Contoh makanan yang kaya dengan sumber zat besi adalah daging ayam, sayuran berdaun hijau, kekacang, hati, kerang dan buah-buahan seperti labu dan tembikai. Buah-buahan kering seperti kurma dan kismis juga sumber zat besi yang baik.

Makan makanan kaya dengan Vitamin C

  • Vitamin C membantu kecekapan penyerapan zat besi di dalam tubuh
  • Vitamin C diperoleh dari sumber makanan berasaskan tumbuhan seperti buah oren, kiwi, strawberi, betik dan sayuran berdaun hijau seperti tomato dan cili.


Makan makanan kaya dengan vitamin B9 (asid folik)

  • Asid folik (Vitamin B9) sangat penting untuk membentuk sel darah merah.
  • Pengambilan asid folik 400mcg (mikrogram) sebelum dan semasa kehamilan mampu menghalang kecacatan sistem saraf pada bayi


2. Amalkan Vitamin Semulajadi Untuk Tingkatkan HB 

Vita-Lea Iron Formula

  • Merupakan multivitamin dan multimineral yang lengkap dengan 28 nutrisi penting untuk fungsi tubuh badan ibu hamil
  • Vita-Lea kaya dengan iron (zat besi) yang sangat penting untuk menghasilkan hemoglobin dalam sel darah merah
  • Mengambil Vita-Lea sepanjang kehamilan mampu meningkatkan bacaan HB bagi ibu yang mengalami masalah HB rendah atau anemia

Sustained Release Vita-C Plus (500mg)

  • Vitamin C membantu tubuh kita menyerap zat besi dengan lebih berkesan
  • SR Vita-C Plus melepaskan 100mg vitamin C setiap 1 jam selama 5 jam bagi memastikan semua vitamin yang kita makan tidak dibazirkan. Badan kita hanya menyerap 100mg vitamin C setiap jam, jadi setiap mg vitamin C yang kita makan akan diserap sepenuhnya oleh badan kita.
  • Khasiat 1 biji SR Vita-C Plus Shaklee bersamaan 7 biji oren termasuk kulitnya. Adalah lebih mudah dan praktikal untuk makan vitamin C sahaja berbanding makan 7 biji oren dan kulitnya. Betul, kan?

B-Complex

  • Mengandungi spektrum vitamin B yang lengkap dalam kuantiti yang seimbang bagi memenuhi masalah kekurangan vitamin B dalam diet harian anda
  • Asid Folik dalam Vitamin B-Complex Shaklee membantu membina hemoglobin dalam sel darah merah 
  • Kekurangan asid folik dalam diet harian ibu mengandung akan menyebabkan masalah anemia dan kecacatan sistem saraf bayi yang dikandung

ESP - Energizing Soy Protein

  • ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino
  • Ibu hamil yang mengalami anemia selalunya letih dan tidak bermaya
  • Memberi tenaga berpanjangan kepada ibu hamil yang mengalami keletihan akibat anemia


Testimoni Vitamin Hamil Shaklee





Order Set Hamil Shaklee Sekarang

Sebagai ibu prihatin yang mengambil berat akan kesihatan diri sendiri dan bayi dalam kandungan, anda perlu dapatkan Set Hamil Shaklee hari ini juga. Lagi cepat anda amalkan Set Hamil Shaklee, lagi cepat anda mendapat kesannya. Bayi anda berhak dapatkan yang terbaik dari anda :)

Hubungi Miza 0199363759 untuk dapatkannya dengan segera.

Setiap pembelian Produk Shaklee dari Miza akan diajarkan cara makan yang betul serta konsultasi berterusan dan layanan istimewa dari Miza. Jaminan Miza - cara makan yang betul dan servis tiptop untuk pelanggan Miza :)
Baca: Konsultasi Tip Top (Klik sini)

Atau anda boleh memesannya terus di icon di bawah. Tutorial menggunakan esell di sini



Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya Nor Amizah Azid 019-9363759 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Jana pendapatan bermodal rendah dengan Shaklee. Sertai Miza dalam group rahsia untuk mengetahui bagaimana Miza menjana pendapatan dari rumah. Bimbingan diberikan sehingga berjaya mencapai pendapatan yang diingini.


Shaklee Independent Distributor
Nor Amizah Azid
SID 1237984 (Mohamed Afiq)
0199363759

You Might Also Like

0 komen